SEJARAH SEKOLAH



Perlunya ada sebuah Sekolah Menengah di Labis amat mendesak pada awal tahun 1960-an.Pada masa tersebut, pelajar yang melanjutkan pelajaran memengahnya terpaksa berulang-alik ke Segamat.

Pada tahun 1961,Sekolah Menengah inggeris Labis ditubuhkan dengan menumpang  di banggunan SRJK (I) Labis (bangunan SRK Sri Labis sekarang).Kedua-dua ,sekolah rendah dan menengah ditadbir oleh guru besar SRJK (I) Labis, En A.C. Mukarjee.

Pada tahun 1963,sekolah ini berpindah pula ke SRJK (T)Melvelli ,sehingga tahun 1969 apabila kerajaan mendirikan blok A,B,dan C di tapak yang ada sekarang. Pemangku guru besar yang pertama ialah EN.WONG KEE LIM yang kemudianya digantikan oleh guru besar pertama EN TUKIMAN AHMAD. Perasmian sekolah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat EN KHIR JOHARI ,Menteri pelajaran Malaysia pada 21hb julai 1968.

Pada tahin 1971,dengan usaha EN.Tukiman Ahmad, sekolah ini mengambil nama sekolah dengan nama SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI IBRAHIM, sempena  nama seorang tokoh sastera negeri Johor,Mohamad Ibrahim bin Munshi Abdullah.Pada tahun 1975, dua buah makmal sains am telah dibina diikuti sebuah banggunan baru makmal sains tulen dan perpustakaan pada tahin 1981.

Pada tahun 1990, satu projek tambahan mengandungi 12 bilik darjah telah dibina bagi membolehkan persekolahan satu sesi dilaksanakan.

Pada tahun 1997,satu kompleks asrama telah dibina daan dapat menampung 60 orang pelajar putera dan 60 orang pelajar puteri.





SENARAI PENGETUA SMKMIL